Friday 31 December 2010

Senarai Stokis Negeri, Sub-stokis & Pengedar Jamu Ratu Dara Wajah Baru

Stokis Utama dan Pengedar di kawasan anda? 

 Sila hubungi Puan Aireen Mohd (017 888 3419) @ En. Hezry Yusoff (017 3400 343) untuk sebarang pertan
Senarai penuh pengedar/sub-stokis Jamu Ratu Dara Wajah Baru. Sila rujuk ke link berikut :  

http://beautygarden.com.my/stokis-pengedar/ 


*** Senarai Sub-stokis dan Pengedar akan di update dan di edit dari semasa ke semasa. Jika nama anda tiada dalam senarai, sila maklumkan pada Stokis Negeri Masing2 dengan segera.  

*** Pihak syarikat hanya update latest dealer yg telah di beri oleh pihak stokis negeri sahaja. Jika terdapat masalah, boleh hubungi pihak syarikat di talian 017-8883419 / 017-3400343 dengan segera. Harap maklum. Segala kerjasama anda sangat di hargai. ***


CADANGAN PENGAMBILAN JAMU RATU DARA BARU :


Salam semua. Ramai bertanya tentang cara makan Jamu Ratu Dara baru. Ok, tips dan cara pemakanan yang di sarankan adalah seperti berikut :
UNTUK YANG SUDAH BERKAHWIN :
1. Makan 2 kapsul pagi (selepas sarapan).
2. Datang bulan (Haid) perlu hentikan pengambilan JRD. 4. Selepas habis Haid, ulangi langkah2 diatas kembali.
*Pada bila-bila masa sahaja, anda boleh menambah dos kepada maksima 4 kapsul sehari sekiranya anda perlukan ekstra tenaga, ekstra rapat, alami keputihan yg ekstra & perlukan ekstra khasiat-khasiat lain di dalam JRD. Badan anda, hanya anda yg tahu.

UNTUK YANG BELUM BERKAHWIN (ANAK DARA / GADIS) :
1. Makan 1/2 kapsul pagi (selepas sarapan) 
2. Datang bulan (Haid) perlu hentikan pengambilan JRD.
4. Selepas habis Haid, ulangi langkah2 diatas kembali.
*Pada bila-bila masa sahaja, anda boleh menambah dos kepada maksima 4 kapsul sehari sekiranya anda perlukan ekstra tenaga, ekstra rapat, alami keputihan yg ekstra & perlukan ekstra khasiat-khasiat lain di dalam JRD. Badan anda, hanya anda yg tahu. Selamat berJRD ye sayang-sayang.. :)


UNTUK IBU YANG MENYUSUKAN BAYI :
1. Boleh amalkan Jamu Ratu Dara. Jika menyusu bayi, boleh amalkan makan 1 bj ke 2 bj sehari. 
2. Mulakan dgn dos yg rendah untuk lihat keserasian bayi iaitu 1bj sehari. Bila bdn boleh terima, boleh makan 2 bj sehari
3.Jika bayi tidak serasi di sarankan berhenti dulu. InsyaAllah boleh banyakkan air susu ibu. 
4. Kebanyakkan ibu menyusu bayi mengikut aturan makan yg di sarankan tiada masalah.


AMARAN
 Tidak di benarkan di ambil oleh wanita mengandung.

 # Boleh makan jika ada penyakit darah tinggi, tetapi harus mulakan dgn dos yg rendah iaitu 1bj sehari. Bila bdn boleh terima, boleh makan 2 bj sehari. Max 2 bj utk pesakit darah tinggi.

# Pastikan anda banyak minum air untuk kesan yang lebih baik.

# Lihat tahap penerimaan bdn anda. Badan anda, anda sahaja yang tahu. ;)

Ini adalah persediaan herba tradisional yg terpilih.

Tuesday 21 December 2010

Pra-Pelancaran “Jamu Ratu Dara Berwajah-Baru”



Memorandum

Kepada           : Semua Stokis, Sub-Stokis dan Para Pengedar 

Tarikh             : 22 Disember 2010 

Perkara           : Pelancaran “Jamu Ratu Dara Berwajah-Baru” 

 

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera buat semua stokis, sub-stokis & pengedar Jamu Ratu Dara (JRD) yang dihormati. 


Pihak syarikat ingin menarik perhatian semua terhadap perkara di atas. Pertama sekali, syukur Alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Ilahi, berkat keberkesanan khasiat JRD, kesungguhan anda semua memacu jualan & beserta izinNya, JRD kini mengorak selangkah maju ke depan. Pada tanggal 10 Januari 2011  nanti, kita semua bakal menyaksikan JRD secara rasminya diterjemahkan kepada wajah-baru yang lebih segar & berdaya saing. Justeru, JRD wajah lama akan dihentikan pengedaran berkuatkuasa 31 Disember 2010. 


Pembaharuan JRD ini adalah mengambil kira permintaan anda & pelanggan-pelanggan semua yang ingin melihat JRD dikomersilkan secara rasmi dan komprehensif berikutan manafaatnya dan permintaan yang amat tinggi dipasaran. Unjuran angka jualan JRD sepanjang setahun yang lepas dipasaran, menuntut kami menyokong cadangan bernas anda semua kearah transformasi ini. Seperti yang kita semua sedia maklum, fenomena JRD ini berlaku disebabkan khasiat dan keistimewaan JRD yang diakui ramai sebagai suplemen terbaik dari segi kesan-kesan positifnya & juga harga yang amat mampu-milik untuk setiap wanita. Yang menariknya, puluhan ribu unit JRD terjual sepanjang tahun lepas adalah tanpa iklan berbayar, dan 95% adalah jualan di internet. Syabas diucapkan kepada anda semua! 


Selaras dengan transfomasi ini, pihak syarikat juga mengumumkan penambahbaikan beberapa ciri-ciri tambahan terhadap JRD. Berikut adalah pembaharuan-pembaharuan tersebut: 


i.     Berkelulusan KKM - (MAL 09032148T)

ii.    Memiliki sijil Halal

iii.   Dikilangkan di kilang berstatus GMP

iv.   Kemasan-akhir produk yang eksklusif 

v.    Website rasmi baru JRD,  www.beautygarden.com.my  yang lebih professiona dan elegan. 


vi.   Iklan berbayar JRD di media cetak dan media elektronik secara berperingkat. Slot iklan pertama akan diterbitkan di majalah Mingguan Wanita, bermula Januari 2011 ini.


            Sejajar dengan usaha dan langkah-langkah yang diambil bagi memastikan penjenamaan semula JRD ini kondusif dan konstruktif, pengorbanan yang perlu dibayar merangkumi kos yang tinggi. Kos pra-pengilangan, pengilangan dan pengiklanan antara penyumbang terbesar kos untuk menjayakan misi ini. Justeru, JRD wajah-baru akan diperkenalkan mengikut spesifikasi berikut:


 i.  Harga Pasaran  : RM30 / kotak (Semenanjung), RM35 / kotak (Sabah&Sarawak)

ii.  Bilangan kapsul / kotak   : 60 kapsul (Kapsul Halagel)

iii. Ramuan : Ramuan dipertingkat (penambahan herba-herba baru yg memberi khasiat                    optima kepada pengguna tanpa menjejaskan khasiat asal)


 Kami memberi jaminan, harga pasaran JRD adalah masih di antara yang termurah & terendah dipasaran produk jamu wanita. Bezanya, JRD tetap kekal sebagai produk jamu wanita yang paling berkesan bagi memenuhi kehendak setiap wanita. Muktamad.  


 Kami percaya, dengan pembaharuan-pembaharuan tersebut, pelanggan-pelanggan semua tidak lagi perlu merasa was-was untuk menggunakan JRD sebagai suplemen harian meskipun harga telah sedikit berbeza. JRD kini terjamin dari segi keselamatan dan kebersihan dan mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia & Jabatan Agama Islam Malaysia. Bagi pihak stokis, sub-stokis & pengedar pula, jualan JRD kelak adalah tanpa sempadan & medium. JRD kini boleh dipromosi dimana-mana sahaja tanpa halangan. Insyaallah, dengan bantuan pengiklanan dari pihak syarikat & juga kemasan akhir produk yang lebih baik, ianya berupaya menjadi alat bantu-jualan yang lebih efektif.


 Pihak syarikat juga ingin menarik perhatian pengedar-pengedar yang ingin menjadi pengedar sah JRD baru, anda semua dinasihatkan supaya membuat pembelian Pakej JRD Baru selewat-lewatnya pada 3 Januari 2011. Ini supaya nama anda semua sempat disiarkan di iklan Mingguan Wanita bulan Januari nanti. Pakej Pengedar JRD Baru akan di emel kepada setiap pengedar-pengedar terdahulu yang sah. Pembelian wajib dibuat dari stokis-stokis yang telah dilantik di negeri masing-masing. Sekiranya stokis negeri belum dilantik, pihak syarikat akan mengambil-alih peranan tersebut.


 Sebagai kesimpulannya, dengan fenomena JRD yang tengah hangat menembusi pasaran internet saban hari, adalah wajar untuk JRD diberikan transformasi yang lebih rasmi, eksklusif dan berdaya saing untuk kekal relevan, baik di internet mahupun pasaran terbuka. Ini seterusnya menzahirkan impian kita semua untuk menjadikan JRD sebagai jamu wanita yang paling laris di Malaysia, Insyaallah.


 Akhir kata, kami berharap agar transformasi ini menjadi pemangkin ke arah memacu JRD yang lebih gemilang, seterusnya membantu anda semua menghasilkan pendapatan yang maksima. Segala kerjasama, perit jerih pengorbanan anda semua mengharungi tatihan pertama JRD, hingga lah ke saat ini, amat-amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga. 


Yang Benar,                                                                         

Puan Aireen Mohd

(Pengasas Beauty Garden Worlwide)

s.k:

Pihak Pengurusan Beauty Garden Worldwide


------------------------------------------------ 

 Sesiapa yang berminat , di minta menghantar email ke jamuratudara@gmail.com untuk info lanjut.