Wednesday 13 January 2010

Soal-Jawab Mengenai Jamu Ratu Dara.





Jika anda mengalami pening2, mengantuk, rasa mual, payudara dan ari-ari rasa berdenyut, keluar keputihan yg banyak pada awal pengambilan, itu adalah normal dan merupakan tindak balas dari herba dalam Jamu Ratu Dara (JRD). Segala tindak balas adalah bergantung kepada antibodi dan ketahanan badan masing-masing. Setiap tindakbalas ini juga berbeza diantara setiap individu. Tindakbalas ini hanyalah sementara dan akan hilang dalam masa dua atau tiga hari selepas mengamalkannya. Antaranya :
  • Pening kepala.
    Pening kepala terjadi disebabkan oleh metabolisme di dalam badan yang rendah dan proses ini membantu meningkatkatkan kembali metabolisme badan.Untuk mengatasi masalah tersebut minum banyak air kosong .Sekurang-kurangnya 8 gelas satu hari. Lagi banyak lagi bagus...

  • Mengantuk atau penat di peringkat awal pegambilan Jamu Ratu Dara.
    Itu adalah tindak-balas pemulihan dan berlaku hanya sementara sahaja. Itu adalah tanda banyak toksin didalam badan. Ini kerana tahap kolesterol di dalam badan terlalu tinggi dan toksin yg banyak di dalam badan. Proses penurunan kolesterol dan penyingkiran toksin akan menyebabkan tindak balas ini berlaku untuk beberapa hari sahaja. Insya'Allah anda akan kembali normal dan segar selepas itu.

  • Keluar keputihan yang banyak.
Itu adalah normal.Teruskan makan JRD. Ianya adalah sebahagian dari proses pemulihan. Selepas seminggu (mungkin lebih lama) keadaan akan pulih seperti biasa bergantung kepada tahap dan serius mana keputihan yang dialami oleh individu tersebut.( Tempoh yang diambil untuk menghilangkan keputihan iniadalah berbeza bagi setiap individu). Pengambilan yang konsisten akan dapat menghilangkan terus keputihan dan juga bau yang tidak menyenangkan.

  • Sakit atau rasa berdenyut di bahagian ari-ari.
Sakit ari2 tersebut cuma sementara kerana dalam proses membaik pulih kan rahim tersebut. Ini adalah kerana rahim anda tidak berapa sihat. Jika rahim tidak sihat, muka pun kurang berseri.

Soalan Lazim Pengguna Jamu Ratu Dara.


S : Semasa pengambilan Jamu Ratu Dara, bolehkah seseorang itu mengambil makanan tambahan, vitamin, pil perancang atau lain-lain supplement?
J : Jamu Ratu Dara di buat 100% daripada herba-herba terpilih yang berkhasiat dalam proses penyembuhan dan kesegaran tubuh badan.Tiada sebarang masalah tetapi di nasihatkan untuk menjarakkan masa pengambilan antara ubat-ubatan lain itu sekurang-kurangnya 2 jam - 4 jam.

S : Siapakah yang tidak boleh makan dan mengamalkan Jamu Ratu Dara ini?
J : Mereka yang sedang menyusu bayi, sedang datang bulan dan mereka yang menghidap darah tinggi tidak di galakkan.
S: Adakah boleh mengamalkan Jamu Ratu Dara selepas bersalin / melahirkan?
J :
Bagi orang yang baru melahirkan anak, boleh mengambil JRD pada hari ke-20 dalam pantang. JRD dapat mengembalikan tenaga, menegangkan otot-otot yang kecut, menyembuh luka bersalin, memulih dan menyempitkan lagi faraj dan boleh mengecutkan rahim. **Namun jika menyusu badan, tidak di galakkan / bergantung pd bayi. Mulakan dgn dos yg sedikit iaitu sebiji sehari. Jika bayi tidak serasi, berhenti.

S : Jamu Ratu Dara panas tak? Boleh membantu mendapatkan zuriat?
J : Jamu Ratu Dara tidak panas. Insya-Allah boleh membantu menyuburkan rahim dan membantu untuk menambahkan kesempurnaan hubungan suami isteri..

S :
Boleh kah amalkan Jamu Ratu Dara jika saya masih menyusukan bayi?
J :
Kami tidak mengalakkan pengambilan JRD semasa tempoh menyusu bayi. (Tetapi jika anda ingin mencuba juga, mulakan dengan dos yang sedikit. Sebiji sehari, dan lihat tindak-balas bayi. Jika bayi anda tidak serasi anda di nasihatkan berhenti)
S : Adakah Jamu Ratu Dara boleh membantu melancarkan sistem kitaran haid yang tidak teratur?
J : Salah satu khasiat Jamu Ratu Dara adalah membetulkan sistem kitaran haid bagi yang mengalami masalah haid tidak teratur. Alhamdullillah ramai yg telah dapat mengatasinya.

S : Mengapa setelah mengambil Jamu Ratu Dara, darah haid saya keluar dengan banyak dari biasa?
J : Itu adalah tindak-balas positif kerana ia melancarkan pengaliran darah haid anda. Darah haid memang perlu di keluarkan dengan kadar yang sepatut nya agar tidak tertinggal didalam rahim. Jika haid tidak lawas dan keluar sedikit sahaja di khuatiri kelak akan menimbulkan masalah rahim dimasa akan datang.
S : Adakah anak dara yang belum berkahwin boleh ke mengamalkan Jamu Ratu Dara?
J : Boleh. Jika anak dara dan belum berkahwin, memadai dengan sebiji ke dua biji sehari sahaja. (Pengambilan jamu perlu di amalkan secara berpanjangan. Bermula dari anak dara sehinggalah melangkah ke fasa perkahwinan dan seterusnya memasuki alam keluarga dan bekeluarga)
S:Adakah Jamu Ratu Dara boleh menguruskan badan?
J : Jamu Ratu Dara BUKAN produk utk menguruskan badan. Ia merupakan produk herba yang khusus utk kesihatan dalaman wanita. Tetapi JRD sangat berkesan untuk melawaskan pembuangan. Sedikit sebanyak mungkin boleh membantu untuk mengurangkan berat badan. Kurangkan makanan berminyak dan berlemak. Wajibkan pengambilan 8 gelas air atau lebih dalam sehari.

S : Sejauh mana Jamu Ratu Dara boleh membantu hubungan intim suami isteri?
J : Ini adalah terbukti dan telah ramai yang berpuas hati. Para isteri
yang mempunyai masalah semasa melakukan hubungan intim pasti akan dapat menghangatkan kembali hubungan bersama suami.
**Tips – Amalkan memakan JRD 2 biji pagi dan 2 biji malam. Cuti dari bersama suami selama 3-5 hari. Selepas tempoh bercuti dan berpantang selama 3-5hari itu, cuba bersama dengan suami anda. Pasti akan rasa perbezaanya! Hangat seperti malam pertama.. Suami anda pasti tersenyum..


PERINGATAN – Tindak-balas dan testimoni adalah berbeza-beza mengikut individu dan keserasian badan masing-masing. Jika anda tidak biasa / tidak pernah makan jamu, mulakan dgn dos yang sedikit dahulu supaya badan anda tidak terkejut dengan tindak balas herba ini. Badan anda, anda yang tahu.. ;)


4 comments:

  1. selain dripada herba2 yg disenaraikan ade lg tak bahan kimia lain yg digunakan sebagai active ingredients atau bahan2 yg digunakan untuk semasa prosess menghasilkan kapsul ini? contohnya mcm mana active ingredient diextract daripada kacik fatimah dan lain2????

    ReplyDelete
  2. Bolek kah ratu jamu dara, membantu untuk mendapatkan zuriat??

    ReplyDelete
  3. saya dah makan jamu ni seminggu lebih, kesan yg saya alami adalah keputihan saya keluar berwarna keruh dan berbau.. ia banyak.. apekah jamu ini sedang memulihakan dalaman saya atau saya tak sesuai dgn jamu ni.. boleh tak bagi jawapan kat emel saya emy_pingu@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  4. Sy br start mkn jamu nie dlm semggu lbh..rs agak rsu knp darah bln sy agak lewat.adakah sbb jamu.atau sy tdk sesuai dgn jamu nie.aimimarziana@gmail.com

    ReplyDelete